Sample image

Darul Multimedia merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dibawah bidang yang diperuntukkan. Darul Multimedia didokong oleh beberapa orang tenaga pakar dalam bidang seni reka grafik dan media baru.

Ditubuhkan pada Jun 2006, Darul Multimedia berkembang dengan baiknya dari satu tahap ke satu tahap yang dibanggakan. Kini Darul Multimedia berupaya bersaing dengan beberapa nama besar dalam memajukan diri di pasaran global.

Sehubungan dengan itu, Darul Multimedia berasa terpanggil untuk menawarkan satu pakej Kursus Teknologi Maklumat dan Multimedia bagi tujuan pembelajaran dan pengetahuan. Kursus ini dikendalikan secara “Hands-On” dimana pembelajarannya didedahkan dengan 100% praktikal yang bersesuaian.

Kami juga menyediakan beberapa siri kursus yang bersesuai dalam proses memberi “input”dan “output” yang jelas. Siri kursus ini tertumpu kepada penggunaan grafik berkomputer yang mana objektif pembelajarannya menjurus kepada kreativiti dan inovasi minda pada setiap individu.

Oleh itu, kami dari Darul Multimedia berbesar hati sekiranya anda mempertimbangkan ini  dan mudah-mudahan kerjasama antara kita akan terjalin. Disini kami lampirkan kepada anda secara terperinci tentang kursus yang dicadangkan untuk pertimbangan dan pengetahuan anda serta latar belakang tenaga pengajar.

Untuk info lanjut boleh hubungi kami +6012-6868835 atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..